Wednesday, June 28, 2006

take it easy.... boleh ker????

Last saturday i went to a fren daughter's birthday party at the burswood park.... ok lah since my kids pun boleh main ngan other kids at the playground.... then sembang2 dgn kakak nie... she's also doing her phd... tiba2 dia cakap... 'eh.. tgk muka hang nie macam rileks jer takder rupa stress org tgh nak habis study...ceria jer....' hmmm makes me ponder.... aah yer nampak rileks sgt ker muka aku nie.... then jokingly i replied.... 'ala kak i*an... saya takes thing easily... tak nak ah stress2....'.... huhuhuhu.... that's why lah kot sometimes 'my sv' at HOME keep on nagging with me....

Well, lain padang lain belalang.... lain org lain lah 'pendekatannya' yer tak....

On the other unrelated notes.... since yesterday keeps discussing with peter about the paper needed for the conference back home this Dec... biasa ler dia tu... nak suruh buat 2 papers... ok fine... but smlm dok pikir2 eh eh... baik 1 poster n 1 oral paper... so tadi dah bgth dia... walau dgn berat hati... TERPAKSA ler dia relakan heheheheh... selamat den!!!!!

Thursday, June 22, 2006

Not feeling very well....

Minggu nie kat rumah jer.... siapkan my thesis writing... malas nak gi office.... pagi tadi around 10am a lady from aliff's school called... telling me that aliff's not feeling well and he's vomiting, she asked us to come to school and bring him home.... told hubby to pick up aliff and instead he asked me to go with him to aliff's school and I'm still in my PJs.... with the sweater on... so I just followed him with my PJs on and just put on my tudung hehehehe.... and of course I just stayed in the car with the 'comot' lil girl..... on the way back stopped by at the cheesecakes shop sbb macam tingin sgt ler nk makan cheesecake and the fact that my anak dara keep asking for it for quite sometimes dah....

Aliff is indeed not feeling very well cos he keep on vomiting after eating some food... poor my lil boy but lucky enough his body temp. still at the normal rate for the time being... n he keep on sleeping all day... hopes he recovered well soon....

p/s: aduh penatnya merangka ayat2 for my thesis... rasa2nya ayat yg sama jer hehehehe.... hopefully by monday can submit to peter!!!

Tuesday, June 20, 2006

renungan bersama

Dapat e-mail nie from my fren... sekadar peringatan dan renungan kita bersama.... insyaAllah.

Subject: FW: Keluhan Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah On Solat..
Solat lima waktu - 80 peratus tidak mengerjakannya(Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah).

SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama.Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.

Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini.``Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. ``Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek,'' kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.

Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika. ``Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama.``Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. ``Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja,'' terang beliau.

Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati.Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk.Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam. ``Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak. ``Rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak .

``Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. ``Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama,'' kata Fadzilah. Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya.

Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang. Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material. ``Allah s.w.t. menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah-Nya,'' ujarnya.

yer ker?

August 01 - 15 ~ Monkey
August 16 - 25 ~ Mouse
August 26 - 31 ~ Turtle (Me: 27/8)

If you are a Turtle:
You are near to perfect and nice at heart.The examples of your kindness
are always circulated in groups of people.You, too, love peace. You wouldn't
like to retaliate even to a person who is in the wrong. You are loved due
to this. You do not wish to talk behind one's back. People love the way
you always treat them. You can give, give and give love, and the best part
is that you do not expect it back in return.You are generous enough.Seeing
things in a practical light is what remains the best trait of you guys.
so people who knows me can tell whether this description fits me or not.... thehehehehhe

July 01 - 09 ~ Mouse
July 10 - 15 ~ Dog
July 16 - 26 ~ Dove (Hubby: 20/7)
July 27 - 31 ~ Cat

If you are a Dove: You
symbolize a very happy-go-lucky approach in life.Whatever the surroundings
may be, grim or cheerful, you remain unaffected.In fact, you spread cheer
wherever you go. You are the leader of your group of friends and good at
consoling people in their times of need. You dislike hypocrisy and tend
to shirk away from hypocrites. They can never be in your good books, no
matter what. You are very methodical and organized in your work. No amount
of mess, hence, can ever encompass you. Beware, it is easy for you to fall
in love....
hmmmmm.... yap true enough!!!

Tuesday, June 13, 2006

adik-adik

Sabtu baru2 nie... my adik ipar tlh pun selamat bertunang.... tahniah di ucapkan.... jodohnya pulak org sekampung... maybe sbb dia pikirkan mak... sejak arwah abah meninggal mei last year 2 org adik ipar lelaki nie balik kg utk temankan mak... yg baru bertunang tu sblm nie kerja kat trg... yg lg sorang tu kat jb... nasib baik depa nak balik at least tak de lah mak sorang2 sbbnya 3 anak pompuan yg last still belajar lg n sume kat hostel.... 3 yg kat atas plak sume dah ada family sendiri.... kadang2 pikir mcm mn ler kita bila dah tua2 nti yer....

My sis plak... tak tahu ler bila plak turn dia... calon2 dah ada tunggu nak tgk yg mn sesuai jer lah kot.... bila di tanya tunggu lah dulu... dok cakap dgn dia... umur dia la ni kita anak dah nak masuk 2... tp yer lah jodohkan, susah nak cakap.... maybe dia tunggu we all balik kot hehehehe........ so lps nie nak kena tlg kat majlis adik2 ler plak....

p/s: wah tak sangka socceroos blh menang lawan jepun mlm td... last2 minute lak tu blh jaringkan 3 bj gol.... (tak tgk pun mlm td... pg2 tu tanya hubby n tgk review kat morning show td... suka ler depa...) apa pun tahniah ler gak kat aussie's soccer team.... hmmm mesia bila plak yer????

Friday, June 09, 2006

promo...

Everytime I went to this site to check out for the new recepi... I always found the new, interesting, yummylicious and the most imprtant thing is... EASY to cook dishes..... the blogger fren of mine (with his hubby kot) who's created this site... so tak pe yer Yani... promo sket heheheheh.... nway tq for the website.....

So guys check this out.... http://myresipi.com

Waahhhh.... kejap nyer dah weekend lg and it's already 9th of June.... huhuhuhuhu........

Happy weekend guys!!!!

Thursday, June 08, 2006

Perth.....

when sunset....




All this pics were captured when we went for fishing with few other frens last Saturday.... reached there nearly 5pm and stayed till 8pm.... the place just 5 mins drive from home... we catched breams and cooks it straight away...

From the pics... the other side of the river is the city of Perth... yap just a small city....

------------------------------------------------------------------------------------------

Had a meeting with Peter today.... n during the meeting have to excuse meself cos I need to pick up Aliff from school.... n he said...' come and see me again tomorrow and we continue with the upstream analysis...' gud huh!!!!

Tuesday, June 06, 2006

Friday, June 02, 2006

hmmmm....

Meeting lagi dan lagi.... dan makin byk lagi dan lagi yg nak kena difikirkan dan disiapkan.... hmmmmmmmmmm........

Monday is a public holiday.... it's queen's birthday....so we'll have a long weekend.... aliff said... "Ibu... I don't need to go to school on Monday because teacher said she's tired and want to have a day off...' hmmmmmm yer ker cikgu cakap camtu.... apa2 ler....

Today after school, his classmate came home with him cos he's been asking me to let his fren to come over or let him go to his fren's hse... so instead of letting him to go to his fren's hse... i'm prefer to have his fren to come over.... so after giving them lunch etc... let them play PS2.... tup2 I heard Aliff crying.... why? cos he said his fren didn't give him a turn... ok fine... then his crying again... why? cos his fren playing it wrongly.... hmmmmm manja sungguh anak bujang ku ini.... so I said to him... next time no more frens to come over.... finito..... send his fren home around 5pm...... mcm2 sungguh.....

Happy weekend u'oals....

Thursday, June 01, 2006

di sini & di sinun

Had a chance YM-ing with a gud fren of mine who's currently studying in the UK yesterday evening after few mths didn't speak to her....

So we start our chatting bout our family.... then our study.... then bone china.... (which of course nak ler jgk... cos my other fren dah janji nak tlg belikan... n dah tgk ler smlm design2 mn yg bakal di beli theheheh) then i got to know that she already bought a car to bring home (of course most of u can guess what's the car is)... wah bestnya... n she send me 1 of her pic with the car in of course.... when hubby came back fr work, showed him the pic....

Hubby said...'tu ler ibu dulu tak nak gi UK...' hmmm bila pikir2 gi UK byk gak kita blh beli things that can really relate to the country... cam bone china tu... clark..bailey... queen anne... n the list goes on ler... n of course can tour europe kan... at least gi paris ker *wink* kat Oz sini apa yer??? Bessemer jer lah kot hehehehe... beli correlle pun tu more to US even murah lah jgk kat sini... hmmmmm.... apa2 pun yg ptg I'll get the degree nie kan...

p/s: izhal at least kat jepun tu blh gak bawak balik honda sejibik kan... *wink*